Skip to main content

VISI

Mewujudkan ekosistem kerja yang kondusif dan hijau di Pusat Pengajian Bahasa

MISI

Mengukuhkan sistem budaya kerja berkualiti, bersih, rapi dan hijau dengan melaksanakan amalan ekosistem kondusif dengan penerapan nilai saling membantu dalam kalangan warga Pusat Pengajian Bahasa, UTHM.

DASAR

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang bersih, rapi, hijau dan berkualiti.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti-bersih, rapi dan hijau pada setiap masa.
  • Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga Pusat Pengajian Bahasa, UTHM.
  • Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga Pusat Pengajian Bahasa terhadap kepentingan penjimatan tenaga serta amalan hijau (Go Green).

KAEDAH

  • Sentiasa mengamalkan 5S (Susun, Sisih, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) di ruang kerja khususnya dan keseluruhan Pusat Pengajian Bahasa amnya.
  • Sentiasa mengamalkan penjimatan sumber pada setiap masa seperti menutup suis jika tidak digunakan dan mengelakkan pembaziran air.
  • Sentiasa mengamalkan etika mengemas kembali ruang seperti keadaan asal selepas digunakan.
  • Sentiasa mengamalkan budaya salam, terima kasih dan saling membantu.

FAEDAH

  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti - Bersih, Rapi dan HIjau.
  • Mengenal pasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran.
  • Menjana idea kreatif dalam kalangan warga Pusat Pengajian Bahasa, UTHM.
  • Meningkatkan imej Pusat Pengajian Bahasa, UTHM.