International Academic Partnership

CLS News

Next publication is on the way!!

Next publication is on the way. So, do grab the opportunity to have your articles published for free. For more details, please check our website
https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/dils

 
Laluan Kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan di Pusat Pengajian Bahasa 

Perhatian ‼️
Makluman kepada semua pelajar,
Terdapat kekosongan pada slot seksyen bagi bahasa antarabangsa.

Makluman kepada semua pelajar,
Terdapat kekosongan pada slot seksyen bagi bahasa antarabangsa.
Slot kekosongan ini sekarang dibuka kepada mana-mana pelajar yang berminat untuk mengambil mana-mana kursus bahasa antarabangsa tersebut.
Sekian, terima kasih.

Pendaftaran Kursus UHB12902 English Development and Engagement bagi pelajar kohort 2020/2021 yang diberi pengecualian kursus UHB10102 English for Higher Education.

Penyerahan Watikah Lantikan Dekan

Pusat Pengajian Bahasa telah menerima dekan baharu iaitu Dr. Haji Azmi bin Abdul Latiff bagi tempoh lantikan mulai 1 Februari 2022 hingga 31 Januari 2024. Lantikan ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan dekan yang ditinggalkan oleh penyandang asal yang telah bersara mulai 1 Februari yang lepas. Watikah lantikan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Azme bin Khamis, Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabangsa). Tahniah diucapkan atas pelantikan tersebut.

MoA Signing Ceremony with British Council

Centre for Communications Science (CComS) which is the research arm of Centre for Language Studies, has been appointed by British Council as its' International English Language Testing System (IELTS) registration centre for the southern region. This was officiated in a Memorandum of Agreement (MoA) signing ceremony between UTHM and British Council Malaysia which was held on 3 November 2021 at the British Council Malaysia headquarters in Jalan Ampang, Kuala Lumpur. During the ceremony, UTHM was represented by Vice Chancellor, Prof Dato' Ts. Dr Wahid bin Razzaly while British Council Malaysia Country Director, Ms, Jazreel Goh represented the British Council.

Hikmah di sebalik bencana banjir

Tatkala tahun 2021 melabuhkan tirainya, seluruh rakyat Malaysia sama-sama berduka dengan musibah banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri. Bencana alam yang terjadi saban tahun di negeri-negeri Pantai Timur dan negeri di selatan tanah air itu turut berlaku di kawasan yang tidak pernah dijangka akan berlaku seperti di Taman Sri Muda, Shah Alam. Kini kita telah memasuki tahun baru 2022. Adakah fenomena alam yang telah terjadi itu akan dilupakan begitu sahaja? Penulis ingin mengajak pembaca untuk menyelami hikmah di sebalik episod duka bencana banjir yang terjadi.

Rakyat Malaysia amat terkenal dengan sifat prihatinnya. Mana mungkin kita hanya sekadar menonton berita di media massa tentang rumah mangsa banjir yang tenggelam hingga menampakkan bumbung rumah sahaja tanpa menghulurkan bantuan. Rakyat yang tidak terkesan dengan bencana tersebut rata-rata bukan sahaja bersimpati, malah melahirkan rasa empati dengan menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Bantuan yang dihulur bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga dalam bentuk makanan, pakaian, serta keperluan rumah. Malahan, terdapat sukarelawan yang datang jauh dari segenap pelosok negara untuk membantu pembersihan rumah mangsa yang terkesan setelah banjir surut.

Adakah kita belajar sesuatu hikmah yang tersembunyi di sebalik bencana banjir yang berlaku ini? Sebelum terjadinya bencana ini, ada di antara mangsa banjir yang kediaman mereka kosong tanpa sebarang perkakas rumah lantaran tidak mampu untuk membeli. Hikmah pascabanjir ini, rumah mereka mula terisi dengan barang-barang dan perabot hasil sumbangan orang ramai. Dalam kedukaan yang dihadapi, ada keceriaan yang tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata. Dalam kesedihan yang melanda, ada rezeki yang hadir tanpa diduga.

Program Bakul Harapan PPB bantu 50 keluarga terjejas

Kelab Amal Wacana (KAWAN), Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil inisiatif membantu kira-kira 50 keluarga di sekitar daerah Batu Pahat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang kini sedang melanda dunia. Program yang dikenali sebagai ‘Bakul Harpan PPB’ melibatkan staf PPB dengan kerjasama Pejabat Khidmat Wakil Rakyat DUN Parit Raja dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parit Raja. Bantuan yang mula diedarkan sejak 18 Julai lalu berbentuk makanan, keperluan peribadi wanita dan juga bayi.

Syabas buat seluruh warga CLS !!
 

Syabas buat seluruh warga CLS yang telah menyumbang kepada pencapaian semasa KPI penerbitan dan geran penyelidikan SKTU MAC 2022!
Semoga kita akan terus memacu kehadapan dan mencapai lebih cemerlang lagi di masa akan datang.
Papan lama terpecah belah,
Anak menangis meminta bola.
Jangan menyerah jangan kalah,
Semangat kita selalu menyala.

An Educator’s Hope for 2022 and Beyond

The monsoon floods that hit many Malaysian states in December 2021 left a devastating effect on so many people and so many sectors. I believe the flood survivors may need a lot of time and support to recover from the trauma, and I am sure every responsible Malaysian is trying their level best to help the survivors in one way or another.

However, may I pull your attention a little bit towards our emergency response team who went all out with ground work? #KitaJagaKita has been trending on various social media platforms again for a reason; how heartwarming it is to watch the new generation of Malaysia getting down and dirty (literally) with such good sense of urgency and empathy towards one another! Videos after videos, photos after photos and news after news on social media have proved from day one that the new generation of Malaysia is a generation driven by empathy, tolerance, teamwork and dependability. I have never felt so hopeful for the future of Malaysia!

Dr.Sarala dilantik sebagai Ketua Hakim bagi Anugerah NILAM Johor 2021

Dr. Sarala Thulasi Palpanadan dari Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dilantik sebagai ketua hakim bagi pertandingan Anugerah NILAM Johor 2021 (ANJ2021) bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah yang berlangsung pada 5 hingga 7 April 2021 lalu. Lantikan ini memberi peluang kepada Dr. Sarala selaku staf UTHM untuk menjadi sebahagian daripada pasukan panel hakim peringkat negeri sekali gus dapat menyumbang ilmu dan kepakarannya kepada masyarakat.

Pantun dan minda orang melayu

 

Pantun merupakan khazanah seni sastera Melayu yang sangat unik. Pantun merupakan sejenis puisi lama yang paling luas diketahui berbanding dengan bentuk-bentuk puisi lisan Melayu yang lain di alam Melayu, khususnya di Malaysia. Ramai orang Melayu yang menganggap pantun hanyalah sebagai kata-kata yang indah dan diungkapkan dalam majlis-majlis tertentu sahaja. Hakikatnya pantun melambangkan minda orang Melayu. Pantun terdiri daripada pembayang dan juga maksud. Mempunyai pola rima yang tersendiri dan menggunakan perbendaharaan kata yang sering dikaitkan dengan unsur alam dan persekitaran kehidupan masyarakat Melayu. 

Spirit of Nadeshiko bongkar rahsia suri rumah Jepun jaga ekonomi rumah tangga

 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membantu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menjayakan satu program perkongsian ilmu bertajuk “Spirit of Nadeshiko: Rahsia Amalan Berjimat Cermat dalam Kalangan Suri Rumah Jepun” yang diadakan pada 31 Julai 2021 lalu. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi idea dan motivasi kepada peserta dalam menguruskan kewangan keluarga dengan bijak agar ekonomi rumah tangga mereka menjadi lebih stabil. Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), Gyoda Frendship Global, Saitama, Jepun dan juga Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL). Program yang menggunakan medium Google Meet dan juga FB Live UNIMAP berjaya menarik ramai peserta bagi mengikuti perkongsian daripada ahli panel yang dijemput. Pihak penganjur telah menjemput Hiyama Junko dari Pusat Pengajian Bahasa (PPB), UTHM sebagai panel program ini bersama Marsita Yunus, seorang suri rumah warganegara Malaysia yang telah berkahwin dengan rakyat Jepun dan menetap di Wilayah Saitama, Jepun.

Program HSK beri peluang uji tahap penguasaan Bahasa Mandarin

Bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan ujian kemahiran Bahasa Mandarin ataupun Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK), Pusat Pengajian Bahasa (PPB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Mandarin: Chinese Proficiency Test (HSK) Starter Kit pada 23 dan 24 Ogos lalu. Program ini disertai oleh 33 orang pelajar UTHM yang pernah mengikuti kursus bahasa Mandarin tahap satu dan tahap dua bersama penceramah Yeoh Li Cheng, guru bahasa Mandarin UTHM. Selain memberi pendedahan mengenai HSK, program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk menguji tahap penguasaan bahasa Mandarin melalui ujian percubaan HSK. Ujian percubaan HSK ini telah diadakan melalui platform pembelajaran dalam talian UTHM iaitu AUTHOR.

Hubungi Kami

Pusat Pengajian Bahasa 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor, Malaysia.

Tel: +607-453 7951
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web: https://cls.uthm.edu.my/v1/